Motivasi

Greeting Text

BAHASA MELAYU TAHUN 6
Motivasi untuk UPSR

BAHAGIAN A
  • Fokus kemahiran : Memindahkan maklumat
  • Markah : 10
  • Masa : 15 minit
  • Soalan : 1- gambar
  • Gred markah : A = 9 - 10 , B = 7 - 8 , C = 4 - 6 , D = 1 - 3
Penerangan Bahagian A
  • Sebarang bahan grafik seperti gambar tunggal , gambar bersiri , jadual data , peta , graf , carta atau rajah.
  • Tulis 5 ayat lengkap berdasarkan bahan grafik.
  • Ayat keenam tidak diambil kira.
  • Ayat yang dibina mestilah menepati maklumat yang dipaparkan dalam bahan grafik (Ingat:  tulis  apa  yang  tersurat  bukan  yang  tersirat)
Penerangan Bahagian B
  • Jawab satu soalan sahaja daripada tiga soalan yang diberi.
  • Terdapat dua jenis karangan :
    • Karangan berformat = Dialog , surat rasmi , surat tidak rasmi , berita.
    • Karangan tidak berformat = Keperihalan , biografi , autobiografi , cerita.
INGAT FORMULA : 
5 wanita cantik dalam LRT=5W + L + R + T
    • What  ( apa )
    • Who   ( siapa )
    • Where(di mana )      } Lihat + rasa + tindakan
    • Why   ( kenapa )
    • When ( bila )
PENYELESAIAN
    • Apa kamu lihat ?
    • Apa perasaan kamu ?
    • Siapa yang kamu lihat ?
    • Siapa yang melihat kamu ?
    • Di mana kamu lihat ?
    • Kenapa kamu rasa begitu ?
    • Bila kamu lihat ?
    • Apa tindakan kamu ?
    • Berapa ramai orang yang terlibat ?
    • Apa tindakan yang dilakukan ?
Jenis - jenis rangka karangan
    • Rangka biasa
    • Tulang ikan
    • Peta minda
    • TAJA ( Tanya dan Jawab )
Jenis karangan
    • Karangan berformat : Laporan , ucapan , syarahan .
    • Karangan tidak berformat ; Fakta  , melengkapkan karangan , catatan .
  • Skop soalan biasanya tentang pengalaman atau peristiwa tentang diri dan persekitaran  murid yang sesuai.
  • Tulis karangan tidak kurang daripada 60 patah perkataan .
  • Calon dinasihatkan supaya meneliti dan memahami tajuk , jenis serta format karangan supaya tidak terpesong .

Penerangan Bahagian C
 1. Calon dikehendaki membaca arahan dengan teliti dan
     garisan kata kunci.
  • Bina ulasan berdasarkan bahan yang dikemukakan.
  • Petikan yang dikemukakan seperti cerita pendek ,dialog, berita ,syarahan ,ucapan ,puisi (pantun,sajak atau syair).
  • Calon diminta mengemukakan 4 perkara sama ada nilai , pengajaran atau amalan baik . 
  • Ulas dengan bernas dalam satu perenggan.
  2Gariskan , keluarkan atau senaraikan unsur ayat yang
      ada kaitan dengan elimen yang dikehendaki oleh soalan
      (amalan baik , nilai murni dan pengajaran ).
  3Tukarkan unsur ayat tadi kepada elimen kajian.
  4Senaraikan elimen kehendak soalan.
  5. Bina ayat menggunakan elimen-elimen tersebut dengan
      memastikan ayat yang dibina hendaklah :
      a) tidak berkaitan lagi dengan bahan rangsangan.
      b) tidak mengulas atau menceritakan semula tentang
          watak yang terdapat dalam bahan rangsangan.
      c) tidak menceritakan semula tentang bahan
          rangsangan.
      d) berkaitan dengan diri penulis (pelajar atau anak).

PERINGATAN

  1. Contoh - sekurang-kurangnya berikan 3 contoh. Contoh
      boleh diolah sendiri atau diambil daripada bahan 
      rangsangan. Namun begitu, contoh yang diambil
      daripada bahan rangsangan hendaklah menepati
      dengan isi dan huraian dalam jawapan.
  2. Penanda wacana - hendaklah diberikan sekurang-
      kurangnya 3 untuk melayakkan anda mendapat   markah
      bonus.
  3. Panjang minima jumlah perkataan ialah 50 patah
      perkataan bagi SK manakala 40 patah perkataan bagi
      SJK.
  4. Jawapan diolah dalam satu perenggan dan bukan
      bernombor. ( Rujuk arahan soalan)
  5. Ada empat kategori calon yang akan memberikan
      jawapan daripada bahagian C
      a) calon yang menyalin arahan sahaja.
      b) calon yang menyalin bahan rangsangan.
      c) calon yang mengubah suai bahan rangsangan untuk
          dijadikan jawapan.
      d) calon yang menjawab dengan sempurna.


Nilai-nilai  murni  yang  biasa  digunakan:
-amanah
-tanggungjawab
-ikhlas
-sederhana
-tekun
-berdisiplin
-bekerjasama
-bersyukur
-bertoleransi
-bertimbang rasa
-bersatu  padu
-beretika

Contoh Petikan untuk Bahagian C
       Ibu  Amir  seorang  ibu  tunggal.Ayahnya  meninggal  dunia  akibat  kemalangan  jalan  raya.  Sejak  itu,  ibunya  yang  bersusah  payah  menyara   mereka  lima  beradik.  Oleh  sebab  Amir  anak  sulung,  dialah  yang  banyak  membantu  ibunya. Dia  berasa  kasihan  melihat  ibunya  yang  gigih  bekerja  siang  malam  demi  menyara  mereka   sekeluarga.
       Pada  waktu  siang,  ibunya  menjual  kuih-muih  dan  nasi  lemak. Sebelah  malamnya  pula,  ibu  Amir  mengambil upah  menjahit  baju.  Selepas  waktu  persekolahan,  Amir  bekerja  di warung  makan  sebagai  pencuci  pinggan  untuk  meringankan  beban  ibunya.  Walaupun  begitu,  dia  tidak  abaikan  pelajaran.  Dia  tekun belajar.  Dia  berazam  mengubah  nasib  keluarganya  apabila  berjaya  nanti.