TIPS PERBINCANGAN KERTAS BAHASA MELAYU

Greeting Text


Kelemahan  calon:
1. Tidak memahami kehendak soalan.
2. Menyalin semua ayat berdasarkan petikan.

3. Tidak dapat mengenal pasti nilai-nilai murni.

4. Mengulas cerita yang diberi tidak membuat ulasan tentang 
nilai.
5. Menulis nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan.Hanya
   menulis nilai murni yang dihafal atau diketahui sahaja.
6. Banyak kesalahan dalam aspek bahasa.
 

Kelemahan-kelemahan  pemeriksaan  guru

1. Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan-
   kesalahan bahan yang berlainan.
2. Menggunakan satu tanda ( / ) panjang lalu diberikan markah.
3. Tidak meletakkan tanda penandaan bagi kesalahan yang dilakukan
   oleh calon.
4. Penandaan bagi idea-idea yang diberikan oleh calon tidak
   ditandakan dengan tepat.
5. Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan.
6. Markah yang diberi kepada calon tidak digenapkan.
7. Kurang tepat dalam menentukan kesalahan-kesalahan dalam aspek
   tatabahasa.
   Contohnya : antara kesalahan struktur ayat dengan penggunaan
   perkataan.
8. Markah yang diberi kurang tepat,samada terlalu tinggi atau
   terlalu rendah.

Sebelum  menjawab soalan

1. Baca dan fahamkan arahan soalan.

   a. Tulis 5 nilai murni atau pengajaran yang boleh kamu dapati
      daripada petikan atau puisi.
   b. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50
      patah perkataan.
   c. Tulis jawapan dalam satu perenggan.

2. Mencatat nilai murni atau pengajaran,amalan yang baik

   a. Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan
      cuba faham isi kandungannya.
   b. Baca petikan atau puisi yang diberi secara ayat demi ayat
      dan menggunakan ayat rangkai kata yang mempunyai nilai-
      nilai murni.
   c. Jika terdapat nilai yang negatif,jadikan nilai itu kepada 
      positif
      Contoh  : bangun lewat - bangun awal.

3. Senaraikan nilai murni seberapa banyak yang dapat (melebihi 5 
   nilai  murni).

4. Memahami nilai yang tersurat dan tersirat.

5. Elakkan membuat ulasan dalam bentuk cerita.

6. Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja
   diterima.

7. Elakkan atau jangan menyalin semula petikan kerana menyebabkan  
   aras penskoran akan turun (PTM).

 Semasa  menjawab 

1. Berpandukan nilai murni yang telah dicatat,tulis jawapan  
   dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina  
   ayat yang gramatis.

2. Ulasan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

3. Elakkan atau jangan menyalin semula petikan kerana akan 
   menyebabkan aras penskoran akan turun.

4. Peribahasa atau kata hikmat tidak perlu dimasukkan.