BAHASA MELAYU TAHUN 6
Motivasi untuk UPSR
BAHAGIAN A
- Fokus kemahiran : Memindahkan maklumat
- Markah : 10
- Masa : 15 minit
- Soalan : 1- gambar
- Gred markah : A = 9 - 10 , B = 7 - 8 , C = 4 - 6 , D = 1 - 3
Penerangan Bahagian A
- Sebarang bahan grafik seperti gambar tunggal , gambar bersiri , jadual data , peta , graf , carta atau rajah.
- Tulis 5 ayat lengkap berdasarkan bahan grafik.
- Ayat keenam tidak diambil kira.
- Ayat yang dibina mestilah menepati maklumat yang dipaparkan dalam bahan grafik (Ingat: tulis apa yang tersurat bukan yang tersirat)
Penerangan Bahagian B
- Jawab satu soalan sahaja daripada tiga soalan yang diberi.
- Terdapat dua jenis karangan :
- Karangan berformat = Dialog , surat rasmi , surat tidak rasmi , berita.
- Karangan tidak berformat = Keperihalan , biografi , autobiografi , cerita.
INGAT FORMULA :
5 wanita cantik dalam LRT=5W + L + R + T
5 wanita cantik dalam LRT=5W + L + R + T
- What ( apa )
- Who ( siapa )
- Where(di mana ) } Lihat + rasa + tindakan
- Why ( kenapa )
- When ( bila )
PENYELESAIAN
- Apa kamu lihat ?
- Apa perasaan kamu ?
- Siapa yang kamu lihat ?
- Siapa yang melihat kamu ?
- Di mana kamu lihat ?
- Kenapa kamu rasa begitu ?
- Bila kamu lihat ?
- Apa tindakan kamu ?
- Berapa ramai orang yang terlibat ?
- Apa tindakan yang dilakukan ?
Jenis - jenis rangka karangan
- Rangka biasa
- Tulang ikan
- Peta minda
- TAJA ( Tanya dan Jawab )
Jenis karangan
- Karangan berformat : Laporan , ucapan , syarahan .
- Karangan tidak berformat ; Fakta , melengkapkan karangan , catatan .
- Skop soalan biasanya tentang pengalaman atau peristiwa tentang diri dan persekitaran murid yang sesuai.
- Tulis karangan tidak kurang daripada 60 patah perkataan .
- Calon dinasihatkan supaya meneliti dan memahami tajuk , jenis serta format karangan supaya tidak terpesong .
Penerangan Bahagian C
1. Calon dikehendaki membaca arahan dengan teliti dan
garisan kata kunci.
- Bina ulasan berdasarkan bahan yang dikemukakan.
- Petikan yang dikemukakan seperti cerita pendek ,dialog, berita ,syarahan ,ucapan ,puisi (pantun,sajak atau syair).
- Calon diminta mengemukakan 4 perkara sama ada nilai , pengajaran atau amalan baik .
- Ulas dengan bernas dalam satu perenggan.
2. Gariskan , keluarkan atau senaraikan unsur ayat yang
ada kaitan dengan elimen yang dikehendaki oleh soalan
(amalan baik , nilai murni dan pengajaran ).
3. Tukarkan unsur ayat tadi kepada elimen kajian.
4. Senaraikan elimen kehendak soalan.
5. Bina ayat menggunakan elimen-elimen tersebut dengan
memastikan ayat yang dibina hendaklah :
a) tidak berkaitan lagi dengan bahan rangsangan.
b) tidak mengulas atau menceritakan semula tentang
watak yang terdapat dalam bahan rangsangan.
c) tidak menceritakan semula tentang bahan
rangsangan.
d) berkaitan dengan diri penulis (pelajar atau anak).
PERINGATAN
1. Contoh - sekurang-kurangnya berikan 3 contoh. Contoh
boleh diolah sendiri atau diambil daripada bahan
rangsangan. Namun begitu, contoh yang diambil
daripada bahan rangsangan hendaklah menepati
dengan isi dan huraian dalam jawapan.
2. Penanda wacana - hendaklah diberikan sekurang-
kurangnya 3 untuk melayakkan anda mendapat markah
bonus.
3. Panjang minima jumlah perkataan ialah 50 patah
perkataan bagi SK manakala 40 patah perkataan bagi
SJK.
4. Jawapan diolah dalam satu perenggan dan bukan
bernombor. ( Rujuk arahan soalan)
5. Ada empat kategori calon yang akan memberikan
jawapan daripada bahagian C
a) calon yang menyalin arahan sahaja.
b) calon yang menyalin bahan rangsangan.
c) calon yang mengubah suai bahan rangsangan untuk
dijadikan jawapan.
d) calon yang menjawab dengan sempurna.
Nilai-nilai murni yang biasa digunakan:
-amanah
-tanggungjawab
-ikhlas
-sederhana
-tekun
-berdisiplin
-bekerjasama
-bersyukur
-bertoleransi
-bertimbang rasa
-bersatu padu
-beretika
Contoh Petikan untuk Bahagian C
Ibu Amir seorang ibu tunggal.Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, ibunya yang bersusah payah menyara mereka lima beradik. Oleh sebab Amir anak sulung, dialah yang banyak membantu ibunya. Dia berasa kasihan melihat ibunya yang gigih bekerja siang malam demi menyara mereka sekeluarga.
Pada waktu siang, ibunya menjual kuih-muih dan nasi lemak. Sebelah malamnya pula, ibu Amir mengambil upah menjahit baju. Selepas waktu persekolahan, Amir bekerja di warung makan sebagai pencuci pinggan untuk meringankan beban ibunya. Walaupun begitu, dia tidak abaikan pelajaran. Dia tekun belajar. Dia berazam mengubah nasib keluarganya apabila berjaya nanti.